Cerita dibawah ini adalah cerita sebenar luahan hati seorang lelaki yang  dipetik dari empunya. Harap dibaca dengan teliti...amat menyayatkan  hati? 
  Wahai teman-teman sekalian,
Kisah ini datang dari lubuk hati saya  sendiri, apa yang saya rasa dan apa yang saya alami sendiri. Saya tidak  bermaksud untuk mengeluh apatah lagi mengingkar apa yang telah Allah  swt tetapkan kepada saya dan kita semua orang yang beriman dengan-Nya.  Kisah ini saya khabarkan agar apa yang saya lalui tidak berlalu begitu  saja tanpa saya kongsi dan tanpa saya rekodkan sebagai panduan bagi diri  saya sendiri untuk hari-hari kemudian.
Saya sama seperti orang  lain, punya keinginan untuk menyayangi dan disayangi. Walau  bagaimanapun, tidak mudah bagi saya untuk jatuh hati pada seorang  wanita. Saya tidak mencari seorang wanita untuk dijadikan kekasih,  tetapi saya mencari seorang teman pendamping hidup saya hingga ke akhir  hayat saya. Seorang yang boleh mengingatkan saya kiranya saya terlupa  dan yang paling penting wanita yang amat saya percayai untuk mendidik  anak-anak saya kelak dan generasi yang akan lahir daripada keluarga kami  nanti. Untuk itu, sejak di bangku sekolah lagi saya telah letakkan  beberapa syarat bagi seorang wanita untuk hadir dalam hidup saya dan  dialah orangnya.
Dalam masa beberapa bulan saya belajar di sebuah  pusat pengajian tinggi di Petaling Jaya, banyak perkara yang telah saya  pelajari. Yang paling penting buat saya ialah, bagaimana saya mula  mengenali wanita-wanita dalam hidup saya kerana saya sejak dari sekolah  rendah belum pernah bergaul secara langsung dengan seorang wanita pun  dan saya amat peka terhadap larangan pergaulan antara lelaki dan wanita  kerana saya bersekolah di sebuah sekolah menengah agama lelaki berasrama  penuh. Lantaran itu, saya tidak pernah punya hati untuk memberi cinta  atau menerima cinta walaupun peluang itu hadir beberapa kali. 
Saya  mula mengenali si dia apabila kami sama-sama terpilih untuk  mengendalikan sebuah organisasi penting di tempat kami belajar.  Ditakdirkan Allah swt, dia menjadi pembantu saya. Dari situlah  perkenalan kami bermula. Dia seperti yang telah saya ceritakan,  bertudung labuh dan sentiasa mengambil berat tentang auratnya terutama  stokin kaki dan tangannya. Itulah perkara pertama yang membuatkan saya  tertarik padanya. Dia amat berhati-hati dalam mengatur bibir bicaranya,  bersopan-santun dalam mengatur langkahnya, wajah yang sentiasa berseri  dengan iman dan senyuman, dan tidak pernah ke mana-mana tanpa berteman.  Suaranya amat sukar kedengaran dalam mesyuarat kerana dia hanya bersuara  ketika suaranya diperlukan dan tidak sebelum itu. Saya melihat dia  sebagai seorang mukminah solehah yang amat menjaga peribadinya dan  maruah dirinya. Saya tidak pernah bercakap-cakap dengannya kecuali dia  punya teman disisi dan atas urusan rasmi tanpa dipanjang-panjangkan.  Saya seorang yang amat kuat bersembang dan sentiasa punya modal untuk  berbual-bual seperti kata teman saya, tetapi dengan dia saya menjadi  amat pemalu dan amat menjaga. Bagi saya, itulah wajah sebenar seorang  wanita solehah. Dia mampu mengingatkan orang lain dengan hanya menjadi  dirinya, tanpa perlu berkata-kata walaupun sepatah.
Pada hari  terakhir saya di sana, saya punya tugas terakhir yang perlu saya  selesaikan sebelum saya melepaskan posisi saya dan semua itu melibatkan  dia. Sebaik sahaja semua kerja yang terbengkalai itu siap, saya  mengambil peluang untuk berbual-bual deangan dia. Saya bertanya perihal  keluarga dan apa yang dia rasa bertugas di samping saya untuk waktu yang  amat sekejap itu. Alhamdulillah dia memberikan respon yang baik dan  dari situlah saya mengenali dengan lebih dalam siapa sebenarnya pembantu  saya ini. Namun, apa yang memang boleh saya nampak dengan jelas, dia  amat pemalu dan dia amat kekok semasa bercakap dengan saya. Selepas itu  barulah saya tahu, sayalah lelaki pertama yang pernah berbual-bual  dengan dia bukan atas urusan rasmi sebegitu. Di situlah saya mula  menyimpan perasaan, tapi tidak pernah saya zahirkan sehinggalah saya  berada jauh beribu batu daripadanya.
Semasa saya berada di  Jordan, saya menghubunginya kembali dan menyatakan hasrat saya secara  halus agar dia tidak terkejut. Alhamdulillah, dia menerima dengan baik  dan hubungan kami berjalan lancar selama empat bulan sebelum saya balik  bercuti ke Malaysia. Kadang-kadang saya terlalai dalam menjaga hubungan  kami dan dialah yang mengingatkan. Dialah yang meminta agar kami  menghadkan mesej-mesej kami agar tidak terlalu kerap. Semua itu  menguatkan hubungan kami dan bagi saya dialah teman hidup yang sempurna  buat saya.
Walau bagaimanapun, sewaktu saya pulang ke Malaysia  bulan lepas, ummi dapat menghidu perhubungan kami. Saya tahu ummi tidak  berapa suka anak-anaknya bercinta tetapi saya tidak pernah menjangka  ummi akan menghalangnya. Tetapi perhitungan saya silap, amat silap.
Buat  pertama kali, adik perempuan saya memberitahu ummi sudah tahu perihal  saya dan ummi tidak suka. Saya tidak pernah menganggapnya sesuatu yang  serious sehinggalah ummi bercakap secara peribadi dengan saya pada suatu  hari. Saya masih ingat lagi kata-kata ummi yang buat saya tak mampu  membalas walau sepatah.
"I haven't found any entry in Islam that  permit what you are doing right now. I haven't heard from anyone that  love before marriage is permitted. But I know there's no relationship  between male and female except for what is very important and official  between them. So, may I know what kind of relationship you are having  now and I want to hear it from your mouth that it is legal in what you  have been learning until now."
"Not a single phrase, nor a word."
"My  sweetheart, if you want to build a family, a faithful o¬ne, you can  never build it o¬n what Allah has stated as wrong and proven false by  the way Rasulullah has taught us. A happy and blessed family come from  Allah, and you don't even have anything to defend it as blessed if the  first step you make is by stepping into what He has prohibited. You  can't have a happy family if Allah doesn't help you so, and you must  know in every family that stands until their dying day, they have Allah  o¬n their side. You can't expect Him to help you if you did the wrong  step from the very beginning." 
Saya tiada kata untuk membalas  kerana semuanya benar. Saya tahu kebenaran itu sudah lama dulu, tetapi  saya tak mampu untuk melawan kehendak nafsu saya sendiri. Saya akui,  saya tertipu dengan apa yang dipanggil Cinta tak pernah membawa kita ke  mana, andai cinta itu bukan dalam lingkungan yang Allah redha. Tiada  cinta yang Allah benarkan kecuali selepas tali perkahwinan mengikatnya.  Itulah apa yang telah saya pelajari lama dahulu dan dari semua kitab  Fiqh yang saya baca, tiada satu pun yang menghalalkannya. Saya tahu  kebenaran ini sudah lama dahulu, tetapi saya tidak kuat untuk  menegakkannya. Saya tidak mampu menundukkan kemahuan hati saya. Dan  kata-kata ummi memberikan saya kekuatan untuk bangkit dari kesilapan  saya selama ini.
Ummi berkata:
"It's not me who want you to make a decision like this, but Allah tells you so."
Saya  percaya, itulah yang terbaik buat saya dan dia. Dengan kekuatan itulah  saya terangkan kepadanya, dan alhamdulillah dia faham. Amat faham.  Walaupun air matanya seakan air sungai yang tidak berhenti mengalir,  tetapi dia tahu itulah yang terbaik buat kami. Dia meminta maaf kepada  ummi kerana menjalinkan hubungan yang tidak sah dengan saya, tetapi ummi  memberi syarat, janganlah bimbang. Andai ada jodoh kamu berdua,  insyaAllah, Dia akan temukan kamu dalam keadaan yang jauh lebih baik  dari sekarang.
Hidup saya sekarang lebih tenang kerana tiada apa  yang menggusarkan hati saya lagi. Hidup saya lebih bercakap kembali  tentang agama saya dengan lebih bebas tanpa dihantui oleh perasaan  berdosa. Bagi saya, dan dia, inilah saat untuk kami muhasabah kembali  diri kami dan kami betulkan kembali segala kesilapan yang telah kami  buat. Inilah saat untuk kami menjadi seorang ibu dan ayah yang berakhlak  mulia dan berperibadi tinggi. Inilah masanya kami insafi kembali  keterlanjuran kami dahulu dan memohon moga-moga Allah sudi memaafkan  kami.
Sesungguhnya Ya Allah, aku insan yang sangat lemah. Aku  tidak mampu melawan godaan syatian yang tidak pernah jemu, juga hambatan  nafsu yang tidak pernah lesu. Ampunilah aku. 
Walau  bagaimanapun, perpisahan ini hanya untuk sementara. Saya telah berjanji  dengan diri saya sendiri dengan diri saya sendiri, dialah yang akan  menjadi teman hidup saya nanti. Sesungguhnya pencarian saya untuk  seorang calon isteri telah berakhir. Insan seperti dia hanya satu dalam  seribu. Mana mungkin saya melepaskan apa yang amat berharga yang pernah  hadir dalam hidup saya. InsyaAllah, sekiranya Allah swt panjangkan umur,  sebaik sahaja saya tamatkan pengajian saya di sini, saya akan kembali  ke Malaysia dan melamarnya untuk menjadi permasuri di hati saya.  InsyaAllah, saya akan setia menunggu saat itu, dan saya berusaha  sedaya-upaya saya untuk mengekalkan kesetiaaan saya.
"Sekiranya  kita telah bertemu dengan seorang insan yang amat mulia sebagai teman  hidup kita, janganlah lepaskannya kerana kita tidak tahu bilakah pula  kita akan bertemu deangan insan yang seumpamanya."
Siapakah  lagi dalam dunia ini yang menjaga abab berjalan antara lelaki dan  perempuan sebagaimana yang ditunjukkan oleh Nabi Musa a.s dan puteri  Nabi Syaaib a.s beribu-ribu tahun dahulu?
by. Irfan El-Qindy
 
Tidak ada komentar:
Posting Komentar